Miniature / Tilt-shift Fotografi Cara Mudah

by - 9:39 PG


Salah satu kelebihan drone fotografi ialah mengambil gambar dari perspektif yang berbeza dari kedudukan tinggi. Foto yang diambil dari sudut berbeza ini memberikan perspektif unik dan sangat menarik seakan akan terbang di udara.

Fotografi dari udara boleh digunakan dalam pelbagai keadaan dan salah satu darinya adalah bagi menghasilkan efek seakan akan model kecil atau Miniature.

Post ini akan menunjukan cara yang paling mudah menghasilkan efek miniature menggunakan foto dari drone anda.

Apa yang anda perlukan hanyalah aplikasi Instagram.

Dapatkan gambar yang merangkumi subjek yang jelas dan tidak terlalu jauh dari fokus. Contoh gambar diatas mengambil subjek lori merah sebagai subjek utama pada sudut 45 darjah.

Edit foto tersebut bagi memberikan efek warna yang lebih terang dan kelihatan seakan akan tidak realistik. 

Setelah mendapatkan efek warna yang dikehendaki, gunakan efek Tilt-shift didalam Instagram. Bagi gambar yang seperti diatas, efek Tilt-shift Linear adalah lebih sesuai bagi menghasilkan efek pada subjek.

Senang sahaja kan. Semoga berjaya

Untuk melihat lebih banyak foto Miniature sila follow Instagram dibawah.
Terima kasih



You May Also Like

0 ulasan