Kumho Ecsta PS31 - Tukar tayar + disk break depan

by - 6:17 PTG


Tayar kereta Alza dah wajib kena tukar jadi mula la cari kedai kedai tayar area Jitra ni. Dulu pernah pakai Kumho PS31 jadi kali ni pon cari Kumho jugak la walaupon sebelum ni terpaksa pakai falken sebab tarak stock.

Check Kat Facebook sambil search Kumho PS31 jumpa la satu kedai jual RM150 sebiji. Susah nak cari kedai jual Kumho sebelah sini, tak tau la kenapa tapi banyak brand lain.  Kedai yang paling glamer dekat Kubang Rotan dengan Kuala Sungai pon tak jual.

Tayar depan sebelah kiri dah bunyi berdengung, mula mula ingatkan bearing dah rosak rupa rupanya break disc dah bengkok. Malas nak pikir panjang tukar satu set depan Kiri & Kanan + break pad baru.

Abis gak la dekat seribu.
Tayar 150 x 4 = 600
Disk break = 240
Break pad = 85
Chamber tayar depan = 60
Tiup tayar besi = 30
Total = RM 1015

Tokey bagi package Alignment + Balancing + Nitrogen kira boleh la sebab nak cari Kumho kat area Jitra / Alor Setar ni susah.


You May Also Like

0 ulasan