Kereta Alza Bini Kena Langgar Belakang - Part 2

by - 10:47 PG


Dah masuk hari kedua baru la family budak yang langgar tu nak ajak gi workshop. Gaya macam diorang nak ketuk, cat dgn ganti tapi aku kurang minat pasal kereta kena tinggal lama.

Aku prefer kalau ganti ja bonet half cut sebab lagi murah dan cepat. Tapi sebab diorang yang nak bayar aku layan ja la.

Setelah berjam jam bincang kat kedai ketuk aku ajak la pergi kedai Mat Kri (Kri garage) dekat simpang Kemboja. Kedai Mat Kri ni specialist Perodua jadi senang la skit nak cari part dengan harga.

Dah pung pang pung pang sembang, Mat Kri kata kedai member dia di Alor Setar ada stok bonet Passo Sette tapi takde warna hitam. Aku dengan family budak tu pon buat satu harga yang dua dua terima sebab aku nak repair sendiri lagi senang.



Hari esoknya setelah 2 hari cermin belakang takde, aku pun pergi la Alor Setar ke kedai FA JDM Garage dekat dengan Alor Setar Mall.

Pilih bonet pastu pasang.


Ada warna merah, silver dengan oren tapi tah apahal tah aku pilih oren. Nampak macam garang sikit sementara nak cat lain.

Sekarang bonet dah tukar, memang puas hati dengan harga dia bagi. Barang pon banyak.

Kalau korang nak cari barang Perodua aku rekemen dua dua kedai ni

Krie Garage (simpang Kemboja, Air Hitam, Kedah)
https://www.facebook.com/profile.php?id=100009451387597

FA JDM (dekat Alor Setar Mall, Alor Setar, Kedah)
https://www.facebook.com/FAJDMgarage/

memang terbaik!!!

You May Also Like

0 ulasan