Kereta Alza Bini Kena Langgar Belakang - Part 1

by - 10:16 PG


Tengah rileks kat rumah tiba tiba bini call kata ada orang langgar kereta. Adus, start la motor pergi tengok. Dekat ja dengan rumah, dekat simpang nak masuk pida matang bongor ja.

Sampai tengok motor budak kat tepi jalan pastu kereta bini plak parking dekat tepi pida.  Teruk jugak la kereta sebab cermin belakang pecah, frame cermin bengkok, bonet kemek, bumper tercabut dgn besi pegang bumper pon bengkok. 


Orang yang rumah dekat simpang tu dah bising suruh report polis ja tapi aku tengok budak tu muda lagi, kesian plak mak bapak dia kalau tetiba kena memacam. 


Tunggu saja la sedara budak tu datang, senang sikit. Tunggu punya tunggu lama gak la takda sapa pon datang. Jadi ambil la gambar apa yang patut untuk report polis.

Motor budak tu takda la rosak teruk kira mahal jugak la nak repair kereta. 

Hai, apa nak buat. Nak report polis mesti dalam 24 jam jadi balik rumah tunggu saja la sebab esok sempat lagi.




You May Also Like

0 ulasan